| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah Pada 14 November 2011

14 Nov 2011( Isnin ) Institusi Penjara Sabah telah menganjurkan Infokraf Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 15 November 2011. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 14 November 2011 bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu yang juga turut disaksikan oleh KPj Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan PKK Suria bin Hj Idris Pengarah Penjara Negeri Sabah. Infokraf ini yang julung-julung kalinya diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang peranan Jabatan Penjara dalam Sistem Keadilan Negara yang berfungsi menahan dengan selamat dan memulihkan akhlak penghuni menjadi insan yang produktif dan berguna kepada masyarakat dan Negara. Pameran ini juga turut disertai oleh agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Perpustakaan Negeri Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya dan turut disertai juga oleh PERSIAP Sabah dan Etiqa Insurans.

 

""